
Prof Dr. Taufik Yusuf al-Wa’iy di dalam bukunya yang bertajuk Al-Quduratu Adz-Dzihniyatu wadz Dzatiyatu lil Murobbi wad Da’iyati telah menjelaskan peranan sebagai seorang murabbi. Antara peranannya ialah berusaha dan berperanan dalam menjayakan agenda usrah dan berupaya merealisasikan rukun-rukun usrah. Di dalam tulisan tersebut, beliau menjelaskan manfaat-manfaat usrah.
Antara manfaat-manfaat usrah ialah:
Manfaat untuk pembentukan individu
* Membantu membentuk keperibadian muslim sejati yang bersepadu dan holistik samada dari aspek akidah, pemikiran, keilmuan, perilaku, gerakan dan pengurusan.
* Memberikan latihan aplikatif dalam menerapkan prinsip kebebasan berfikir dan mendengar pandangan orang lain serta tidak memandang rendah atau remeh pendapat orang lain.
* Ia juga medium seorang muslim memperolehi latihan dan pembiasaan, mengimplementasikan makna ukhuwwah.
* Ia juga mendidik setiap anggota agar berupaya melakukan tarbiyah dzatiyyah (pendidikan kendiri - self learning).
* Ia juga berperanan mengembangkan keupayaan (capability) dan kompetensi anggota, melatih ahli teknik problem solving (penyelesaian masalah) dan mengatasai hambatan dalam amal islami (halangan peribadi, masalah fitrah, kepelbagaian karektor dan sebagainya).
* Ia merupakan proses melatih individu agar berupaya memikul mas’uliah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Manfaat kepada pembinaan keluarga Islam
* Usrah membantu setiap akh dalam memilih isteri yang beragama dan berakhlak mulia.
* Membentuk rumahtangga muslim yang islami dimulai dari perilaku dan akhlak suami isteri, cara berpakaian, berinteraksi dan sebagainya.
* Wahana untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam.
Manfaat bagi sebuah organisasi (jamaah)
* Alat memperkukuh ikatan ukhuwwah antara ahli dan kepemimpinan organisasi melalui proses latihan, aplikasi dan mentoring (penyeliaan).
* Membentuk arus kesedaran anggota terhadap isu-isu semasa sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi.
* Usrah juga mampu mengaplikasikan makna izzah terhadap Islam diterapkan ke dalam jiwa, memantapkan iltizam terhadap perilaku dan akhlak Islam.
* Ia juga merealisasikan makna wala' dan iltizam jama’ie di dalam organisasi.
* Ia juga mendidik anggota makna intima’ haraki di dalam berjamaah serta memahamkan konsep pengurusan dalam beramal.
Manfaat kepada masyarakat
* Usrah mendidik akh agar berperanan di dalm sektor masyarakat dengan memasuki wilayah umum seperti sekolah, universiti, kilang, yayasan, lembaga, khidmat masyarakat dan jaringan sosial.
* Justeru setiap anggota harus tampil sebagai teladan (qudwah) di dalam keikhlasan, keadilan dan memenuhi hak-hak individi di dalam masayarakat.
* Usrah menjadi inkubuter mengkaji aspek negatif dan faktor-faktor kegagalan institusi masyarakat melalui pelatihan, kajian dianogsis dan penyelesaian aplikatif.
* Ahli usrah perlu terlibat aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
* Setiap ahli perlu dibekalkan informasi dan pengetahuan berkaitan realiti masyarakat agar dia mampu berperanan dan beraksi sebagai jurubicara umat dan penyelesai masalah.
* Setiap ahli harus menyerap dan melibatkan diri di dalam kelab-kelab sukan, lembaga sosial, institusi kebudayaan serta mempengaruhi tokoh-tokoh dan individu yang berpengaruh di dalam masyarakat
Why be someone else when you can just be yourself.
ADA APA PADA USRAH???
Saturday, January 30, 2010
Posted by sheha yahaya at 4:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment